Berdasarkan artikel yang ditulis oleh Dr. Rahmat Ghazali mengenai kesan kebiadaban di dunia siber, seperti yang kita tahu dunia siber di arena global secara khususnya merupakan medium secara tidak formal untuk semua mendapatkan informasi, dan dianggap menjadi medium bagi memudahkan semua urusan. Tetapi, adakah semua memikul tanggungjawab sebagai seorang insan yang bertamadun dalam mengeluarkan kata-kata, dari segi percakapan mahupun penulisan?
Memang ramai yang lupa bahawa kebebasan melayari dunia siber ini mempunyai kekangannya. Contohnya, Malaysia mempunyai Akta Fitnah, Akata Hasutan, Akta Rahsia Rasmi, dan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Internet atau dunia siber merupakan rangkaian yang menghubungkan berjuta-juta rakyat di Malaysia, mahupun seluruh dunia. Jika kandungan yang berunsur fitnah, dan keterlaluan, haruslah dikemukakan dibawah akta-akta yang terdapat di Malaysia, contohnya, satu kes yang menghina DYMM Sultan Pahang satu ketika dulu oleh beberapa bloggers.
Bersetuju dan juga memilih untuk tidak bersetuju dengan kenyataan bahawa Internet mengangkat falsafah bahawa kerajaan mengutamakan percambahan maklumat, ilmu, dan idea yang boleh membangunkan keupayaan intelek rakyat Malaysia seiring dengan bangsa lain yang sudah maju, kerajaan sememangnya mengalu-alukan idea yang bijak, pendapat yang bernas, seiring dengan kemajuan teknologi pada masa sekarang. Tetapi, pada masa yang sama, kerajaan mahu mengekang atau mengehadkan penggunaan blog secara disiplin. Adakah dengan cara ini dapat melahirkan masyarakat yang bebas mengeluarkan pandangan jika ianya disekat? Mungkin secara amnya perlu dikatakan bahawa penggunaan internet harus diselarikan dengan etika sebagai seorang insan dalam memikul tanggungjawab kepada bangsa, negara dan juga agama.
Seperti yang dinyatakan dalam artikel tersebut bahawa pada masa kini elemen-elemen yang bertentangan dengan harapan kerajaan khususnya dalam konteks keharmonian sosial bagi masyarakat berbilang kaum sudah dapat dilihat. Contonhya tentang kebiadaban dan bahasa kesat pengguna Internet yang dapat dikesan menggunakan bahasa kesat dengan caci-cerca dan maki hamun sesama kaum melalui internet. Ingin ditegaskan disini bahawa, contohnya tidak semua kaum melayu mengutuk atau mencerca bangsa lain, tetapi kita dapat lihat kadang-kadang bangsa melayu itu sendiri mencerca bangsa mereka sendiri. Jika bangsa sendiri menjadi duri dalam daging, maka keharmonian sosial tidak dapat dicapai.
Adalah perlu bagi pengguna Internet menjaga tatasusila dalam melayari internet selaras dengan titah Tunku Mizan bahawa kebiadaban dan bahasa kesat pengguna Internet tidak boleh dipandang enteng, apatah lagi kebebasan siber boleh saja tercerna dengan unsur-unsur fitnah, pembohongan, hasutan, dan prejudis yang tebal dengan sentimen perkauman. Pengguna internet haruslah mengambil input daripada apa yangdiperkatakan oleh Tuanku Mizan untuk kesejahteraan bersama dalam meneruskan Gagasan 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Menurut Datuk Ahirudin Attan, Presiden Perikatan Bloggers Kebangsaan dalam satu Kolokium di UiTM, 50 peratus daripada ahli-ahli kesatuannya menolak etika kewartawanan. Jika wartawan itu sendiri menolak etika kewartawanan, apa lagi dengan masyarakat di Malaysia itu sendiri. Kadang-kadang, segelintir masyarakat Malaysia seakan-akan mengikut gaya penulisan sesetengah wartawan itu sendiri. Seharusnya, wartawan haruslah menjadi contoh tauladan yang terbaik dalam bidang penulisan agar dapat merubah dunia penulisan secara formal ataupun tidak formal.
Secara konklusinya, dalam melayari internet dalam dunia yang serba moden dan tidak terbatas ini, seseorang itu haruslah menjaga tatasusila dalam menggunakan bahasa-bahasa yang sopan selaras dengan saranan kerajaan untuk menjadikan masyarakat yang bertamadun, berilmu dan intelektual pada masa akan datang. Jangan jadikan alasan kebebasan bersuara sebagai alat untuk memanipulasikan keadaan. Tepuk dada, tanya selera.
No comments:
Post a Comment